Followers

Sunday 3 May 2015

ONLY BLUFFERING

( I'm the one who covered my face )


Getting to know me :


  • A real childish person
  • Love in doing pastries
  • It's also mean love in eating too
  • Studying in KUSISS
  • Somehow live in my own world ; Drawing and Writing
  • Too obsess in what I love to do or people I love
  • Really-really shy


I hope you guys enjoy my first novel project ; #SayaMilikAwak and no copyright. 

Thank You :))

#SayaMilikAwak (Bab 5)


# BAB 5

            Qaira melipat telekung dan sejadah miliknya lalu meletakkan ia di tempat khas. Qaira merebahkan tubuhnya ke katil. Fikirannya menerawang. Haih, bila aku nak dapat petanda ni? Adakah pilihan aku tepat? Ya Allah, tunjukkanlah kekuasaanMu. Bantulah hambamu ini.

            Terbayang wajah milik Zafrin Iman di mata. Handsome. Mentang-mentanglah kacukan Inggeris. Lebih menyerupai mama yang cantik jelita. Aku paling suka tengok mata dia. Coklat kehijauan yang bersinar-sinar. Diwarisi daripada papa lah ni. Tapi, kenapa gaya dia macam kasanova? Kak Mia kata dia tu, workaholic. Tak pandang perempuan lain pun. Pelik ni.

            Kak Mia kata lagi, dia ada lagi sorang adik lelaki. Kembar si Zafrin Iman a.k.a ulat bulu. Lupa pulak nak tanya nama dia. Kak Mia cakap yang adik lelaki yang lagi satu ni kasanova. Humm. Nak tau betul ke tak, kenalah kahwin dengan ulat bulu ni. Baru boleh aku dapat observe perangai abang ipar aku tu macam mana. Hehehehe.

            Belum apa-apa lagi kau dah berangan ya, Ira. Mana tau tiba-tiba pulak tak jadi. Eh, mulut tu cabul betullah! Patutnya doakan benda yang baik-baik je. Heish. Tapi kan, layak ke dipanggil abang ipar? Umur sebaya aje. Demand je lebih. Tapi, si Zafrin ni tak terbatuk-batuk ke bila aku ngumpat dia sekarang ni? Harap-harap terbatuklah kau sampai terkeluar anak tekak. Hahahaha!

            “Uhuk-uhuk!”

            “Astaghfirullah. Kenapa kuat sangat Arin batuk ni?” kata Datin Lisnatasia risau.

            “Entah-entah, ada ngumpat Arin agaknya. Hehehehe.” usik Darmia.

            “Hish, Kak Mia ni.. uhuk-uhuk! Adoi, rasa dah nak terkeluar dah anak tekak ni. Daripada duk tercongok depan Arin ni, lebih baik kak Mia ambilkan Arin air. Perit tekak ni.” ujar Zafrin lemah.

            “Apa-apa je lah Arin oii.. Yang si Aril ni? Dah malam tak balik lagi?” kata Dato’ Zamil pula.

            “Entahlah, bang. Saya dah tak tau macam mana nak nasihatkan dia tu.” balas Datin Lisnatasia sambil mengurut perlahan dada anaknya.

            Sejurus itu, bunyi loceng rumah kedengaran. Muncul kelibat abang kembar Zafrin dengan pakaian selekehnya. Tanpa mempedulikan manusia-manusia yang berada di ruang tamu, dia terus melangkah ke tangga untuk menuju ke biliknya yang terletak di tingkat atas.

            “Tengoklah tu. Tak hiraukan kita dekat sini. Setiap hari, mesti buat perangai lagi. Entah dengan perempuan mana dia pergi keluar. Penat saya, bang!” rintih Datin Lisnatasia kepada Dato’ Zamil. 

            Dato’ Zamil melepaskan keluhan berat. Datin Lisnatasia hanya berdiam menahan rasa. Zafrin pula sudah pulih daripada batuknya. Mungkin orang sudah berhenti mengatanya. Darmia terkebil-kebil melihat reaksi manusia di dalam rumah itu. Dia mendaki tangga dan menuju ke bilik adiknya.

            “Aril.” Panggil Darmia dengan lemah lembut sambil mengetuk pintu. Dia cuba untuk membuka pintu adiknya. Malangnya, berkunci.

            “Aril!” Darmia sudah mula mengganas. Namun, tiada reaksi daripada adiknya yang berada di dalam bilik itu.

            “Zarill Rifal!” Jerit Darmia.

            Pintu dibuka. Terjengul muka Zarill Rifal dipintu. Rambutnya kelihatan basah dan bersyampu. Darmia terkejut kecil. Heish, macam hantu ghopenya.

            “Kak Mia nak apa? Orang tengah mandilah.” ujar Zarill sambil menggosok-gosok kepalanya.

            “Lepas mandi, jumpa kak Mia dekat library. Kak Mia nak cakap sesuatu dengan Aril.”

            “Hmmm.” Tanpa amaran, Zarill terus menutup pintu biliknya. Terkejut Darmia buat kali yang kedua. Nasib muka aku bukan betul-betul depan pintu. Kalau tak, rosak muka aku yang cantik jelita ini. Alhamdulillah.

Dia ingin menasihati adiknya agar tidak membuat masalah lagi. Kesian kepada mama dan papa. Kusut fikiran mereka kerana adikku yang kasanova ini. Lagi sorang, workaholic. Huh, baguslah! Nasib baik aku normal. Hehehehe.

Humm, Qaira Lyana. Tiba-tiba teringatkan kat dia pulak. Comel budak tu. Polos dan terlalu jujur. Walaupun dia nampak macam suci je, tapi aku tau dia ni seorang yang brutal. Confirm Arin jatuh cinta dengan dia. Percayalah. Kau orang tunggu je. Adik iparku, maaf kalau kak Mia ngumpat awak. Bukan sengaja, nak cerita je. Jangan batuk macam Arin sudah.

“Errkkk! Tersedak nasi!”

“Tulah, ibu dah pesan. Makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.” Ujar Puan Aisya.

“Nak air! Uhuk-uhuk.” Cepat-cepat Aqil menghulurkan air kepada Qaira.

Pantas Qaira meneguk air. Ah, lega. Dia terus mengangkat pinggannya setelah merasa tekaknya pulih sedikit.

“Eh, dah tak nak makan lagi ke? Tempoyak akak tak habis lagi ni.” usik Encik Asril.

Qaira mencebik. Taulah selama ni aku je yang habiskan tempoyak. Tak apa. Ada ubi ada batas, ada lori kita naik bas! Eh-eh.. Apa benda yang aku merapu ni? Mentang-mentang lah aku tersedak tadi, terus wayar terputus dalam otak aku ni. Haish, pelik-pelik.

Qaira terus berbaring di sofa yang menghadap televisyen. Baguslah. Lepas makan, terus baring. Mana tak gemuk jadinya? Ish, ish, ish. Terus Qaira duduk. Taknak! Aku taknak jadi gemuk macam dulu. Asyik kena buli je.

Teringat pulak kat pembuli tu. Dah lama tak jumpa budak kembar tu kan? Agaknya dia orang kerja dekat mana eh? Rindu pulak. Abangnya baik, adiknya tu bermasalah. Nakal! Suka ejek aku gemuk, pastu selalu tarik rambut aku. Diantara kembar tu, aku minat yang adiknya tu. Aku tak taulah kenapa aku minat dia walaupun dia selalu buli aku. Hehehe.

Alah, itu semua kisah lama. Cinta monyet aku ni takkan berkekalan. Memang ajaib kalau dia tu jodoh aku. Heish, apa yang aku fikir ni? Aku dah nak jadi isteri orang sebulan sebelum majlis konvo nanti. Walaupun banyak masa lagi, tapi kena jugak berdiet. Tak pasal-pasal baju kahwin nanti tak muat. Tak ke haru tu? Ish, ish, ish. Minta dijauhkan!

            “Akak!”

            “Oh nenek-nenek!” Qaira melatah kuat.

            Aqil sudah tergelak-gelak melihat kakaknya itu. Sangat kelakar! Itulah, siapa suruh berangan lagi? Kan dah kena sebijik. Haa.. amekaw!

            “Woi, kau nak bagi akak mampus ke?” ujar Qaira kasar. Sungguh. Dia terkejut sangat sampaikan rasanya jantung dah nak melompat keluar. Kacau je, aku nak berangan. Jelous ah, tu!

            “Malang betul orang yang kahwin dengan akak ni. Sekejap cam kucing, kejap lagi macam singa betina. Tapi yang lebihnya kat singa lah. Aum! sana, Aum! sini, Aum! sana-sini. Hahahaha” kata Aqil panjang lebar.

            Terus dipiatnya telinga Aqil. Dipulasnya sepuas hati. Geram dengan usikan adiknya. Macam lah dia ni garang sangat sampai membaham orang. Suka-suki usus besar dia aje. Hah, merepek lagi! Lantaklah. Biar je lah fius otak terputus lagi. Hehehehe.
“Akak, Runningman dah mula!”

“Oh yeah!” Terus Qaira melepaskan pegangannya pada telinga Aqil. Tak puas lagi rasanya nak pulas telinga si Aqil ngok-ngek ni. Takpe, akan kubalas dengan bas! Hahahaha. Hentam sajalah. Tak ada siapa yang kisah pun.

Bising mulut Qaira mengkritik kehadiran Shin Mi Ah yang bersatu dengan Gary sebagai married couple. Kenapa Jihyo diketepikan? Tak sweet lah macam ni. Okay, cerita dah habis. Nak tidur. Dah mengantuk.

Qaira melangkah tangga dengan mamai. Uhh, asal mata ni macam nak cepat-cepat melabuhkan tirainya? Bilik tak naik lagi. Jalan pun terhuyung-hayang macam orang mabuk. Mana jalan ni? Aku tak nampak lah.

Tiba-tiba Qaira berasa badannya di awang-awangan. Mampus lah aku tergolek kat tangga ni. Namun, seseorang sempat menahannya.

“Astaghfirullah, akak!” Suara Aqil kedengaran di corong telinga Qaira.

Aqil membantu Qaira menuju ke bilik. Sepanjang itulah Aqil membebel kepada Qaira. Daripada bab keselamatan sampailah.. bab suami. Tak cun betul bila sentuh bab suami ni. Tak hingin aku dengar! Lantaklah. Janji aku dapat tidur di katil yang empuk. Oh, katil. I’m coming!

Sementara itu, di kediaman Dato’ Zamil, Darmia sudah memulakan sesi ceramah bersama Zarill Rifal dan Zafrin Iman. Budak-budak ni memang patut ditarbiah  banyak kali. Tapi, apa yang jadi? Masuk telinga kanan, keluar telinga kirilah jawabnya.

“Paham?” Tegas Darmia bersuara.

“Ya, kak Mia.” Jawab kembar itu dengan penuh tak bersemangat. Bagaikan roh mereka terbang melayang. Macam orang tak makan sebulan pun ada. Darmia hanya mampu menggelengkan kepala. Penat dia membazirkan air liur untuk malam ni. Dekat 3 liter tu. Hahaha.

“Dah. Pergi masuk tidur. Esok nak kerja.” Arah Darmia.

Kedua-duanya berubah riak. Tampak berseri-seri. Aku taulah kau orang gembira bila sesi kaunseling teristimewa aku ni dah tamat. Takpe, esok dan hari-hari seterusnya ada lagi selagi aku tak meninggal lagi.

Malam kian larut. Esok hari sudah menanti untuk ditempuhi dan diterokai oleh umat manusia agar hari esok lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. InsyaAllah. Buat kadar yang termampu. Ingatlah, bahawa Allah akan membantu kita.










#SayaMilikAwak (Bab 4)


# BAB 4

Dua bulan berlalu. Hari demi hari, Qaira masih tertanya-tanya siapakah gerangan tunangnya. Kata ibunya, Datin Lisnatasia terlupa hendak memberi gambar anaknya merangkap tunang kepada Qaira.

Apabila Qaira bertanya kepada Puan Aisya, jawapan yang sama juga dia berikan. ‘Nanti Ira jumpa jugak dengan tunang Ira tu. Jangan risau tak lari ke mana pun tunang Ira tu.’ Masih terngiang-ngiang lagi di telinga Qaira jawapan ibunya. Bosan betul!

Qaira selesai membuat kek untuk dijual di kedai bakery ibunya iaitu, Aqalicious. Dia bekerja di kedai ibunya dalam pembuatan kek dan roti-roti yang segar. Humm, sudah terbau aroma muffin di dalam oven.

Sementara menunggu muffin masak, Qaira berehat disudut dinding yang tersedia meja dan kerusi untuk para pekerja. Tiba-tiba telefonnya berbunyi lagu Bounce yang dinyanyikan oleh D.O (Korea). Haih, tak habis-habis dengan kpoppersnya. Mesej daripada Puan Lisdania!

Assalam. Ira boleh tak pergi ke butik Roses Miza sekarang? Nak pilih baju pengantin. Nanti kalau mama pilih, mama takut Ira tak suka. Pergi, ya? Butik tu dekat Alamanda.

            Ayoyo! Aku dekat bakery ibu ni! Haish, nak taknak kena pergi jugak. Karang tak pasal-pasal baju kahwin aku ketat. Hish, mintak simpang!

            “Kak Ju, saya nak keluar. Ada hal. Mintak tolong tengokkan muffin dekat dalam oven tu.”

            Sempat Qaira berpesan dengan salah seorang pekerja di situ. Selepas itu dia terus memecut ke Alamanda yang mengambil masa 45 minit daripada bakery ibunya.

********************

            Seorang lelaki yang berpakaian koporat menunggu di butik Roses Miza. ‘Mana dia? Lambat gila! Aku ada banyak kerja lagi dekat pejabat tu.’ Lelaki itu adalah Zafrin Iman. Dia sudah berkira-kira untuk pergi dari situ tetapi niatnya terhenti apabila ternampak seorang gadis menolak pintu butik itu.

            Penampilan gadis itu sangat biasa dan membosankan tapi tampak manis. Tudung bawal merah jambu, baju muslimah hitam bercorak bunga kecil dihujungnya dan berseluar hitam. Begnya disandang dari sebelah tepi. Ringkas. Mukanya dihiasi dengan cermin mata yang menampakkan dirinya seorang ulat buku. Golongan nerd ni.

            Gadis itu bertanya kepada pekerja di butik itu. Pekerja butik itu tampak terkejut lalu membawa gadis itu ke sofa dihadapannya. Mata bulat itu memandang ke arah Zafrin. Zafrin berdehem. Gadis itu tersentak.

            ‘Humm, tak datang-datang lagi ke?’ keluh Zafrin dalam hati. Mamanya, Datin Lisnatasia ada memberi Zafrin nombor telefon tunangnya tapi dia malas hendak menelefon tunangnya.

Kalau dah macam ni, terpaksa aku telefon dia. Zafrin mendail nombor tunangnya. Tiba-tiba dia terdengar deringan telefon. Kelihatan gadis itu mencari sesuatu di dalam begnya. Telefon! Mungkin kebetulan kut dia punya handphone berbunyi.

“Assalamualaikum. Siapa ni?” Kedengaran suara lembut di corong telefon Zafrin. Ia seakan-akan berdekatan. Takkanlah..

“Waalaikumussalam. Tunang awak.” Balas Zafrin pendek sambil memandang ke arah gadis di hadapannya. Gadis itu kelihatan terkejut lalu memandang Zafrin.

“A-awak? Tunang saya?” tanya gadis itu.

Zafrin mengangguk. Dia memutuskan talian di telefon.

“So, hello fiance.” kata Zafrin selamba.

“My mama tell me to wait you at this boutique. And here I am.” kata Zafrin lagi.

“Puan Lisnatasia is your mother?” tanya gadis itu.

“Yep.”

“But where is mama?”

“Home.”

“Hah?” Gadis itu terkejut bagaikan terkena serangan jantung. Haih, over betul!

“What’s wrong? Afraid of me?” ujar Zafrin nakal.

Qaira menggeleng laju. ‘Sorrylah, aku tak takutlah dengan orang macam kau!’ getus hatinya.

“I’m Zafrin Iman Dato’ Zamil. Nice to meet you.” kata Zafrin sambil mengulurkan tangannya untuk bersalaman.

“No, thank you.” balas Qaira selamba tanda dia menolak untuk bersalaman dengan selamba.

Cepat-cepat Zafrin menarik tangannya. Haa, sentap lah tu! Hahaha. Rasa nak gelak guling-guling je sekarang ni. Ira, kawal diri kau ya. Tak pasal-pasal lelaki dekat depan ni yang gelakkan kau pulak.

“Zafrin!” sapa satu suara.

Serentak Zafrin dan Qaira berpaling ke arah suara itu. Kelihatan seorang wanita cantik berdiri disamping seorang lelaki. Perghh, aura lembut gitu! Wanita itu terus duduk di tepi Zafrin lalu memegang tangan Zafrin. Qaira beriak selamba. Padahal, hatinya sudah mengutuk-ngutuk perbuatan itu.

“So, how? Did you have deal with this girl?”

Zafrin menggeleng kepala.

“Haish. Susah betullah Zafrin ni. Semuanya akak nak kena uruskan.”

“Terpulang.” Balas Zafrin.

Dari tadi Qaira asyik memerhatikan gelagat dua orang manusia di hadapannya itu. Agak terkejut apabila mendengar wanita itu membahasakan dirinya ‘akak’. Dia orang ni adik beradik ke? Astaghfirullah. Tak pasal-pasal dapat dosa free.

Tiba-tiba, wanita itu memandang Qaira sambil tersenyum manis.

“Hi. Nice to meet you, sister in law. I’m Lisa Darmia. Just call me Kak Mia.”

Qaira senyum je. Tak tau nak balas apa.

“Nak panggil apa?”

“Just Ira.”

Wanita itu mengangguk sedikit.

“Okay. Straight to the point. Ira dengan Zaf nak theme colour apa?”

Alahh.. tak terfikir pulak. Nak warna apa eh? Warna apa yang comel, ya?

“How about pink and blue?”

“I want black and white!”

Serentak Qaira dan Zafrin menjawab. The two opinions is very different! Macam langit dan bumi. Macam kampung dan bandar. Macam air laut dan air sungai. Macam.. apa-apa je lah yang berbeza.

“Two choices. Humm, yang mana satu ni?” Jawapan mereka membuatkan Darmia pening.

“Mine.” Ujar Zafrin.

“Ira, okay?” tanya Darmia.

“Humm, tak kisah.”

“Okay! We’ve decided to make the theme of the wedding. Black and white. Sementara akak bincang dengan Ogy, Zaf and Ira tengok-tengoklah mana design baju pengantin. Kalau ada yang berkenan tell me, immediately.”

Qaira pantas berlalu daripada situ. Rasa tak selesa pula apabila dijeling Zafrin lama-lama. Meremang segala bulu yang ada dekat badan ni!

Qaira berjalan-jalan di dalam butik itu. Agak besar ya butik ni? Banyak gila baju! Tapi, bajunya banyak yang bermanik-manik. Haih, tak ada yang lagi simple ke?

Qaira membuat tawaf satu butik itu. Tiba-tiba Qaira ternampak sepasang baju pengantin yang sangat simple dan menarik. Baju itu ala-ala dress. Kalau aku amik rekaan yang ini, Zafrin mesti kena pakai suit kan? Humm, boleh tahan.

Kainnya agak kembang sedikit. Seperti ada glitter pada kain itu. Lengan bajunya itu bercekak. Dihiasi sedikit labuci dan manik serta renda yang panjang pada bahagian pinggang. Nasib baju ni tak jarang.

Cantik, memang cantik. Tapi, harganya.. fuhh! Dia orang kaya. So biar jelah! Aku tak rugi pun sebab benda ni bukannya guna duit aku. Hehehe.

Dah boleh confirmkan Kak Mia ni. Tapi, seganlah! Nampaknya Kak Mia masih bersembang bersama Ogy, si wedding planner yang ‘lembut’ tu. Haish, ngumpat lagi si Qaira ni!

“Yang kau tenung baju tu lama-lama buat apa? Suka?”

Satu suara garau telah menyedarkan Qaira. Secara automatik, Qaira berpaling ke arah belakang. Terasa desah nafas seseorang. Zafrin! Muka mereka sudah berada pada jarak tiga inci! Dekatnya!!

“Errr.. saya..” Qaira tergagap. Mukanya pucat tak berdarah.

Zafrin mendekatkan lagi mukanya pada muka Qaira sambil mengukir senyuman yang sinis.

 “Kenapa? Takut ke sayang?” ujar Zafrin romantis.

Dengan ayat yang keluar daripada mulut Zafrin membuatkan Qaira menolak Zafrin dengan kuat. Zafrin mengerang kesakitan. Adoi, ganas jugak budak kecik nerd ni. Belajar seni mempertahankan diri ke?

“Oppss, sorry!”

Qaira tergelak kecil melihat kerutan di muka Zafrin. Haa, padan muka! Jangan disangka aku kecik tak kuat! Baru kau kenal siapa aku. Hahahaha.

“Dah ada pilihan ke Ira?” Darmia mencelah dengan tiba-tiba.

“Err.. dah.”

“Mana?”

Zafrin mengambil baju pilihan Qaira. ‘Hish, sibuk je dia ni!’getus Qaira dalam hati.

“Wow! Good taste, Ira.” puji Darmia. Qaira tak tahu nak beri reaksi apa. Diam jelah.

“How about you Zaf?” soal Darmia pula.

“Zaf dah pilih lama dah. Simple as that. A suit.”

“Okay, done!” ucap Darmia ceria.

Qaira melihat jam ‘pink white’nya. Pukul 12 tengah hari. Ok, fine. Lama sangat-sangat aku membazir masa dekat sini. Mesti muffin pun dah masak.

“Jom lunch sama-sama.” ujar Darmia.

“Sorry, I can’t join you. Zaf ada lunch dengan klien.” ujar Zafrin lalu menuju ke Lancer hitamnya.

“Ira nak balik jugak ke?” kata Darmia hambar.

“Em, saya pergi lunch dengan kak Mia lah. Baru balik.” jawab Qaira.

“Ya Allah, bestnya adik ipar yang sporting ni! Okaylah, kak Mia belanja Ira makan sushi hari ni.” ujar Darmia dengan penuh keterujaan.

 Qaira hanya mengikut sahaja.


#SayaMilikAwak (Bab 3)


# BAB 3

            Seminggu berlalu, Qaira bertunang. Majlis itu dihadiri oleh saudara-saudara rapat keluarganya dan kelurga tunangnya sahaja. Rakan baiknya, Sufia turut menghadiri majlis pertunangan Qaira.

            Ada kisah disebalik Qaira dan Sufia.

            Qaira tidak pulang ke rumah sewanya selama 3 hari kerana menguruskan hal yang berkaitan dengan majlis pertunangannya. Qaira tidak memberitahu Sufia apa-apa berita yang dia tidak balik untuk beberapa hari. Sufia mula risau.

            Selepas tiga hari berlalu, Sufia mula tidak senang duduk. Asal lama sangat si Ira ni dekat rumah mak bapak dia? Tiba-tiba Sufia seakan terdengar deruman enjin kereta yang sangat dikenalinya. Lantas dia berlari keluardari rumah. Kelibat seseorang keluar dari kereta. Qaira!

            “Iraaaa!!!” jerit Sufia sambil berlari mendapatkan Qaira.

            Qaira amat terkejut dengan perbuatan Sufia sehinggakan dia tidak sempat untuk melarikan dirinya. Sufia memeluk Qaira dengan erat. Bagaikan tak jumpa setahun! Muka Qaira bertukar merah akibat kekurangan nafas.

            “Weh.. Uhh.. Le-lepaskan aku!”

            “Oh sorry-sorry.” ujar Sufia lalu melepaskan pelukannya sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

            “Kau nak bunuh aku ke, hah?” Qaira menjegilkan mata. Geram!

            Sufia menggeleng kepala sambil tersengih-sengih.

            Qaira melangkah masuk ke rumah diikuti Sufia. ‘Hah, penatnya!’ getus Qaira sambil merebahkan dirinya pada sofa yang empuk. Tanpa menunggu walaupun sesaat, Sufia terus melancarkan tembakan das-das soalan.

            “Ira, asal kau tak call aku? Kau tau tak aku risaukan kau?”

            “Nantilah aku cerita. Aku penatlah sekarang ni.” ujar Qaira.

            “Humm, yalah..” Ada bunyi merajuk terselit pada percakapan Sufia.

            “Haish, nak merajuk lah tu. Yalah-yalah, aku cerita.”

            Qaira pun menceritakan daripada A sehingga Z. Segala persoalan yang timbul pada fikiran Sufia dijawabnya dengan lancar dan terperinci. Sufia terlopong apabila mendengar cerita daripada Qaira.

            “Hoi, tak payah la buat muka macam tu! Buruk.” tegur Qaira.

            “Wah, kawan aku nak bertunang! Macam tak percaya je, weh.” kata Sufia dengan ceria. Tidak terkesan langsung dia dengan teguran Qaira sebentar tadi.

            “Percayalah..” 

            “Tapi, kau bertunang dengan siapa?” soal Sufia.

            “Entah. Tak kenal. Makhluk asing kut?” balas Qaira.

            “Hei, main-main lak dia ni. Takkan tak tahu kut? Rupa dia tau tak?”

            “Mak aku kata masa bertunang nanti baru dapat gambar dia.”

            “Oh.. Habis tu kau nak letak Faiq kat mana? Bukan kau orang suka sama suka ke?”
            “Err.. Faiq? Sorry, babe. Aku tak suka dia langsung! Dia yang sibuk menyendeng dekat aku.” balas Qaira dengan nada menyampah.

            “Okay-okay. Tutup kes.”

            “ Nanti datang masa aku bertunang.” ujar Qaira.

            “Mesti punya!” balas Sufia.

            “Thanks!!”

******************

            Tepukan lembut di bahu Qaira membuatkan Qaira tersedar daripada memori bayangannya dengan Sufia yang terjadi pada minggu lepas. Muka Puan Aisya dan Sufia terpapar pada cermin meja solek itu.

            “Kenapa termenung lagi ni? Cepat siap.” ujar Puan Aisya.

            Qaira tersenyum. Sufia menolong Qaira memakai selendang putih. Selepas itu, Qaira dikenakan solekan tipis di mukanya.

            “Haa, dah siap!”

            Qaira melihat dirinya di cermin. Terasa penampilan dirinya nampak lain sahaja kerana Qaira tidak berapa suka memakai alat solekan. Dia lebih selesa memakai bedak Baby Johnson sahaja. Hahaha. Pelik bin kelakar, kan?

            Majlis petunangan bermula. Pihak lelaki datang dengan penuh adat. Bermula sesi-sesi menjual pantun. Agak meriah kawasan rumah keluarga Qaira. Qaira agak berdebar apabila Datin Lisnatasia menyarungkan cincin pada jari manisnya sebagai tanda pertunangan.

            “Mulai hari ini, Ira panggil auntie, mama ya?” Datin Lisnatasia bersuara selepas majlis itu.

            “Baiklah, mama.” Balas Qaira walaupun dia agak tidak selesa lagi.

            Apabila pihak lelaki sudah beransur pulang, Puan Aisya berjumpa dengan Qaira di bilik tidur. Puteri sulungnya nampak ayu dalam persalinan berwarna putih. Tampak berseri-seri. Qaira tersenyum melihat Puan Aisya.

            “Ibu harap Ira jadi isteri yang solehah. Pandai ambil hati suami, belajar...”

            “Ibu, Ira baru bertunanglah. Belum kahwin lagi, eh.” Cepat Qaira memintas kata-kata Puan Aisya.

            Puan Aisya mencubit pipi Qaira. “Nakalnya!”

 Qaira ketawa manja. ‘Ibu sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaan, Ira.’ Bisik hati Puan Aisya.

#SayaMilikAwak (Bab 2)


# BAB 2

            Qaira dan Sufia sedang bersantai-santai di rumah sewa mereka. Sambil itu, mereka berbincang tentang cuti semester dan semester terakhir yang akan mereka hadapi nanti.

            “Weh, kau ada rancangan apa-apa ke masa cuti semester ni?” soal Sufia.

            “Aku nak tolong mak aku dekat kedai. Kau taknak join ke?” balas Qaira.

            “Humm, taulah dia tu pandai buat pastri. Aku ni, kek coklat pun tak lepas lagi. Apatah lagi nak buat croissant, kek black forest.. Boleh terbakar agaknya tempat tu nanti.”

            Qaira tergelak mendengar kata-kata Sufia. Ya. Memang dia pandai membuat pastri. Tak ada lah nak bangga, tapi ia adalah kenyataan yang betul! Bangga nanti jadi riak pulak. Huish, minta dijauhkan!

            “Gelak pulak dia ni. Nanti buatkan kek indulgence untuk aku, ya!”

            “Insya Allah. Tengoklah kalau aku ada masa.”

            Sebenarnya, Qaira suka makan benda yang manis-manis seperti pastri dan dessert. Sama juga dengan Sufia. Sebab itulah dia berminat nak belajar pastri dan dessert daripada ibunya, Puan Aisya. Kalau tak, jangan haraplah dia nak belajar memasak. Hehehe.

            Sedang mereka bergelak tawa, kedengaran lagu XOXO yang dinyanyikan oleh kumpulan EXO. Sufia menjeling ke arah Qaira. Qaira tersengih lalu mencari telefon bimbitnya.

Sebelum ini, Sufia sudah memberi amaran kepada Qaira supaya tidak meletakkan mana-mana lagu k-pop untuk dijadikan ringtone telefon Qaira kerana Sufia amat menyampah dengan lagu-lagu itu tapi Qaira degil. Biasalah, terlebih sikit ‘k-poppers’nya.

“Hello, assalamualaikum.” ucap Qaira sebaik sahaja mengangkat telefon.

Tidak lama selepas itu, riak muka Qaira berubah.

“Apa? Okay-okay, Ira datang sekarang!”

Cepat-cepat Qaira mematikan talian dengan gelojoh. Dia terus berlari menaiki tangga. Sufia yang berada di ruang tamu merasa pelik melihat aksi rakannya itu. Dalam beberapa minit, Qaira turun dengan persalinan yang lengkap seperti hendak keluar.

“Sufi, aku nak balik rumah. Ada hal keluarga. Kau takyah tunggu aku. Mungkin aku bermalam dekat sana.” pesan Qaira kepada Sufia.

Sufia mengangguk. Faham dengan keadaan rakannya itu. “Okay, selamat jalan.” ucapnya.

***************

Perjalanan Qaira menuju ke rumah ibu bapanya mengambil masa 1 jam. Agak jauh rumah sewanya dengan rumah ibu bapanya. Qaira menyewa rumah yang berdekatan dengan tempat belajarnya.

Apabila tiba di rumah ibu bapanya, pandangannya disapa dengan dua buah kereta. Satu milik ibu bapanya, Alza tetapi satu lagi tidak diketahui kepunyaan siapa. Kereta BMW mewah yang sangat misteri.

‘Siapa punya BMW? Takkan ayah beli pulak.’ getus Qaira pelik.

Qaira memarkirkan kereta diluar perkarangan rumah. Dia terus menuju ke arah pintu utama lalu menekan loceng yang terletak di luar rumah. Muncul kelibat adiknya, Afiqa di muka pintu. Adiknya tersenyum melihat Qaira.

“Eh, akak dah sampai. Jemput masuk, kak.”

Qaira memasuki rumah itu dengan langkah yang berjaga-jaga. Suasana rumah itu dirasakan aura menakutkan. Mana tau, tiba-tiba ada kejutan yang tidak dijangkakan dek akal ke? Karang pengsan pulak. Hehehe.

Terdengar keriuhan di ruang tamu rumah itu. Qaira sudah merasa tak sedap hati. ‘Haih. Terasa berat kaki aku nak melangkah ni. Ya Allah, harap-harap tak ada apa-apalah.’ keluh Qaira.

“Assalamualaikum,” sapa Qaira sopan.

“Waalaikumussalam. Eh, Ira. Cepat ke sini.” balas Puan Aisya.

Qaira terpandang ke arah dua orang tetamu. Nampak seperti pasangan suami isteri. Kedua-duanya kelihatan bergaya walaupun sudah lanjut usia. Tidak nampak kecacatan mereka menggayakan fesyen terkini. Kagum pula rasanya!

“Zam, Lis. Kenalkan ini puteri sulung kami, Qaira Lyana.”

Qaira terpinga-pinga. Lambat-lambat dia menyalam tangan wanita anggun dihadapannya. Dia melemparkan senyuman manis tetapi palsu kepada kedua tetamu itu.

“Lawa betul orangnya, secantik nama.” puji wanita anggun itu.

Lelaki di sebelahnya hanya tersenyum sahaja.

Terasa bangga pula timbul dalam diri Qaira. Huish, nanti riak pula. Astaghfirullah! Cepat-cepat Qaira mengingatkan dirinya.

“Nama auntie, Lisnatasia. Panggil Auntie Lis. Boleh tak auntie nak panggil Qaira, Ira?” tanya wanita anggun itu.

Qaira mengangguk perlahan.

“Ira dah ada boyfriend?”

Qaira menggeleng.

Reaksi Datin Lisnatasia dan Dato’ Zamil bertukar ceria. Haaa.. pelik tu, pelik.

“Kalau macam tu, boleh tak uncle nak serahkan anak uncle dekat Ira?” soal Dato’ Zamil pula.

“Serah? Boleh je. Anak uncle umur berapa?” Qaira mengatakan persetujuannya tanpa ragu-ragu.

Ibu bapa Qaira bersama pasangan suami isteri itu sudah tergelak apabila mendengar pertanyaan Qaira. Qaira sudah terkebil-kebil. Apa? Kenapa gelak? Lawak sangat ke pertanyaan aku?

“Anak uncle tua 3 tahun daripada Ira.” ujar Dato’ Zamil yang kelihatan sudah bertenang.

Hah? Sebaya? Means, umur dia 27 tahun? Aku ingatkan budak 10 tahun ke, 6 tahun ke.. Patutlah dia orang gelakkan aku. Jap, apa maksud Uncle Zam dengan perkataan ‘serah’ tu? Macam...

Puan Aisya menggamit anaknya yang sudah bermuka blur itu. “Betul ke Ira nak kahwin dengan anak kawan ibu ni?” bisik Puan Aisya.

Bisikan Puan Aisya mematikan ke’blur’an Qaira. Mata Qaira membulat apabila mendengar perkataan yang satu itu. Kah-kah-kahwin? Oh No!! Aku taknak!!

Melihatkan reaksi negatif daripada puteri sulung mereka, Puan Aisya dan Encik Asril sudah dapat mejangka jawapan yang akan diberikan oleh Qaira.

“Macam mana Aisya? Ira nak ke?” tanya Puan Lisnatasia.

Qaira menoleh memandang ke arah Puan Aisya menandakan dia tidak mahu!
“Dia kan anak yang baik. Mestilah dia setuju. Kan, Ira?”

Jawapan Puan Aisya telah memerangkap Qaira. ‘Aduh, nak kena terima jugak ke?’ keluh Qaira dalam hati. Qaira masih terdiam. Dia masih memikirkan jawapan yang sesuai agar tidak mengguriskan hati orang-orang di ruang tamu rumah itu.

“Diam tandanya setujulah tu.” seloroh Puan Aisya.

Qaira tersenyum hambar. Entah kenapa dia tidak dapat membangkang pernyataan yang telah dibuat oleh ibunya itu.

“Alhamdulillah.” Masing-masing mengucapkan tanda syukur kepada Yang Maha Esa kerana telah mempermudahkan urusan mereka.