Followers

Sunday 3 May 2015

#SayaMilikAwak (Bab 2)


# BAB 2

            Qaira dan Sufia sedang bersantai-santai di rumah sewa mereka. Sambil itu, mereka berbincang tentang cuti semester dan semester terakhir yang akan mereka hadapi nanti.

            “Weh, kau ada rancangan apa-apa ke masa cuti semester ni?” soal Sufia.

            “Aku nak tolong mak aku dekat kedai. Kau taknak join ke?” balas Qaira.

            “Humm, taulah dia tu pandai buat pastri. Aku ni, kek coklat pun tak lepas lagi. Apatah lagi nak buat croissant, kek black forest.. Boleh terbakar agaknya tempat tu nanti.”

            Qaira tergelak mendengar kata-kata Sufia. Ya. Memang dia pandai membuat pastri. Tak ada lah nak bangga, tapi ia adalah kenyataan yang betul! Bangga nanti jadi riak pulak. Huish, minta dijauhkan!

            “Gelak pulak dia ni. Nanti buatkan kek indulgence untuk aku, ya!”

            “Insya Allah. Tengoklah kalau aku ada masa.”

            Sebenarnya, Qaira suka makan benda yang manis-manis seperti pastri dan dessert. Sama juga dengan Sufia. Sebab itulah dia berminat nak belajar pastri dan dessert daripada ibunya, Puan Aisya. Kalau tak, jangan haraplah dia nak belajar memasak. Hehehe.

            Sedang mereka bergelak tawa, kedengaran lagu XOXO yang dinyanyikan oleh kumpulan EXO. Sufia menjeling ke arah Qaira. Qaira tersengih lalu mencari telefon bimbitnya.

Sebelum ini, Sufia sudah memberi amaran kepada Qaira supaya tidak meletakkan mana-mana lagu k-pop untuk dijadikan ringtone telefon Qaira kerana Sufia amat menyampah dengan lagu-lagu itu tapi Qaira degil. Biasalah, terlebih sikit ‘k-poppers’nya.

“Hello, assalamualaikum.” ucap Qaira sebaik sahaja mengangkat telefon.

Tidak lama selepas itu, riak muka Qaira berubah.

“Apa? Okay-okay, Ira datang sekarang!”

Cepat-cepat Qaira mematikan talian dengan gelojoh. Dia terus berlari menaiki tangga. Sufia yang berada di ruang tamu merasa pelik melihat aksi rakannya itu. Dalam beberapa minit, Qaira turun dengan persalinan yang lengkap seperti hendak keluar.

“Sufi, aku nak balik rumah. Ada hal keluarga. Kau takyah tunggu aku. Mungkin aku bermalam dekat sana.” pesan Qaira kepada Sufia.

Sufia mengangguk. Faham dengan keadaan rakannya itu. “Okay, selamat jalan.” ucapnya.

***************

Perjalanan Qaira menuju ke rumah ibu bapanya mengambil masa 1 jam. Agak jauh rumah sewanya dengan rumah ibu bapanya. Qaira menyewa rumah yang berdekatan dengan tempat belajarnya.

Apabila tiba di rumah ibu bapanya, pandangannya disapa dengan dua buah kereta. Satu milik ibu bapanya, Alza tetapi satu lagi tidak diketahui kepunyaan siapa. Kereta BMW mewah yang sangat misteri.

‘Siapa punya BMW? Takkan ayah beli pulak.’ getus Qaira pelik.

Qaira memarkirkan kereta diluar perkarangan rumah. Dia terus menuju ke arah pintu utama lalu menekan loceng yang terletak di luar rumah. Muncul kelibat adiknya, Afiqa di muka pintu. Adiknya tersenyum melihat Qaira.

“Eh, akak dah sampai. Jemput masuk, kak.”

Qaira memasuki rumah itu dengan langkah yang berjaga-jaga. Suasana rumah itu dirasakan aura menakutkan. Mana tau, tiba-tiba ada kejutan yang tidak dijangkakan dek akal ke? Karang pengsan pulak. Hehehe.

Terdengar keriuhan di ruang tamu rumah itu. Qaira sudah merasa tak sedap hati. ‘Haih. Terasa berat kaki aku nak melangkah ni. Ya Allah, harap-harap tak ada apa-apalah.’ keluh Qaira.

“Assalamualaikum,” sapa Qaira sopan.

“Waalaikumussalam. Eh, Ira. Cepat ke sini.” balas Puan Aisya.

Qaira terpandang ke arah dua orang tetamu. Nampak seperti pasangan suami isteri. Kedua-duanya kelihatan bergaya walaupun sudah lanjut usia. Tidak nampak kecacatan mereka menggayakan fesyen terkini. Kagum pula rasanya!

“Zam, Lis. Kenalkan ini puteri sulung kami, Qaira Lyana.”

Qaira terpinga-pinga. Lambat-lambat dia menyalam tangan wanita anggun dihadapannya. Dia melemparkan senyuman manis tetapi palsu kepada kedua tetamu itu.

“Lawa betul orangnya, secantik nama.” puji wanita anggun itu.

Lelaki di sebelahnya hanya tersenyum sahaja.

Terasa bangga pula timbul dalam diri Qaira. Huish, nanti riak pula. Astaghfirullah! Cepat-cepat Qaira mengingatkan dirinya.

“Nama auntie, Lisnatasia. Panggil Auntie Lis. Boleh tak auntie nak panggil Qaira, Ira?” tanya wanita anggun itu.

Qaira mengangguk perlahan.

“Ira dah ada boyfriend?”

Qaira menggeleng.

Reaksi Datin Lisnatasia dan Dato’ Zamil bertukar ceria. Haaa.. pelik tu, pelik.

“Kalau macam tu, boleh tak uncle nak serahkan anak uncle dekat Ira?” soal Dato’ Zamil pula.

“Serah? Boleh je. Anak uncle umur berapa?” Qaira mengatakan persetujuannya tanpa ragu-ragu.

Ibu bapa Qaira bersama pasangan suami isteri itu sudah tergelak apabila mendengar pertanyaan Qaira. Qaira sudah terkebil-kebil. Apa? Kenapa gelak? Lawak sangat ke pertanyaan aku?

“Anak uncle tua 3 tahun daripada Ira.” ujar Dato’ Zamil yang kelihatan sudah bertenang.

Hah? Sebaya? Means, umur dia 27 tahun? Aku ingatkan budak 10 tahun ke, 6 tahun ke.. Patutlah dia orang gelakkan aku. Jap, apa maksud Uncle Zam dengan perkataan ‘serah’ tu? Macam...

Puan Aisya menggamit anaknya yang sudah bermuka blur itu. “Betul ke Ira nak kahwin dengan anak kawan ibu ni?” bisik Puan Aisya.

Bisikan Puan Aisya mematikan ke’blur’an Qaira. Mata Qaira membulat apabila mendengar perkataan yang satu itu. Kah-kah-kahwin? Oh No!! Aku taknak!!

Melihatkan reaksi negatif daripada puteri sulung mereka, Puan Aisya dan Encik Asril sudah dapat mejangka jawapan yang akan diberikan oleh Qaira.

“Macam mana Aisya? Ira nak ke?” tanya Puan Lisnatasia.

Qaira menoleh memandang ke arah Puan Aisya menandakan dia tidak mahu!
“Dia kan anak yang baik. Mestilah dia setuju. Kan, Ira?”

Jawapan Puan Aisya telah memerangkap Qaira. ‘Aduh, nak kena terima jugak ke?’ keluh Qaira dalam hati. Qaira masih terdiam. Dia masih memikirkan jawapan yang sesuai agar tidak mengguriskan hati orang-orang di ruang tamu rumah itu.

“Diam tandanya setujulah tu.” seloroh Puan Aisya.

Qaira tersenyum hambar. Entah kenapa dia tidak dapat membangkang pernyataan yang telah dibuat oleh ibunya itu.

“Alhamdulillah.” Masing-masing mengucapkan tanda syukur kepada Yang Maha Esa kerana telah mempermudahkan urusan mereka.

No comments:

Post a Comment