Followers

Sunday 3 May 2015

#SayaMilikAwak (Bab 3)


# BAB 3

            Seminggu berlalu, Qaira bertunang. Majlis itu dihadiri oleh saudara-saudara rapat keluarganya dan kelurga tunangnya sahaja. Rakan baiknya, Sufia turut menghadiri majlis pertunangan Qaira.

            Ada kisah disebalik Qaira dan Sufia.

            Qaira tidak pulang ke rumah sewanya selama 3 hari kerana menguruskan hal yang berkaitan dengan majlis pertunangannya. Qaira tidak memberitahu Sufia apa-apa berita yang dia tidak balik untuk beberapa hari. Sufia mula risau.

            Selepas tiga hari berlalu, Sufia mula tidak senang duduk. Asal lama sangat si Ira ni dekat rumah mak bapak dia? Tiba-tiba Sufia seakan terdengar deruman enjin kereta yang sangat dikenalinya. Lantas dia berlari keluardari rumah. Kelibat seseorang keluar dari kereta. Qaira!

            “Iraaaa!!!” jerit Sufia sambil berlari mendapatkan Qaira.

            Qaira amat terkejut dengan perbuatan Sufia sehinggakan dia tidak sempat untuk melarikan dirinya. Sufia memeluk Qaira dengan erat. Bagaikan tak jumpa setahun! Muka Qaira bertukar merah akibat kekurangan nafas.

            “Weh.. Uhh.. Le-lepaskan aku!”

            “Oh sorry-sorry.” ujar Sufia lalu melepaskan pelukannya sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

            “Kau nak bunuh aku ke, hah?” Qaira menjegilkan mata. Geram!

            Sufia menggeleng kepala sambil tersengih-sengih.

            Qaira melangkah masuk ke rumah diikuti Sufia. ‘Hah, penatnya!’ getus Qaira sambil merebahkan dirinya pada sofa yang empuk. Tanpa menunggu walaupun sesaat, Sufia terus melancarkan tembakan das-das soalan.

            “Ira, asal kau tak call aku? Kau tau tak aku risaukan kau?”

            “Nantilah aku cerita. Aku penatlah sekarang ni.” ujar Qaira.

            “Humm, yalah..” Ada bunyi merajuk terselit pada percakapan Sufia.

            “Haish, nak merajuk lah tu. Yalah-yalah, aku cerita.”

            Qaira pun menceritakan daripada A sehingga Z. Segala persoalan yang timbul pada fikiran Sufia dijawabnya dengan lancar dan terperinci. Sufia terlopong apabila mendengar cerita daripada Qaira.

            “Hoi, tak payah la buat muka macam tu! Buruk.” tegur Qaira.

            “Wah, kawan aku nak bertunang! Macam tak percaya je, weh.” kata Sufia dengan ceria. Tidak terkesan langsung dia dengan teguran Qaira sebentar tadi.

            “Percayalah..” 

            “Tapi, kau bertunang dengan siapa?” soal Sufia.

            “Entah. Tak kenal. Makhluk asing kut?” balas Qaira.

            “Hei, main-main lak dia ni. Takkan tak tahu kut? Rupa dia tau tak?”

            “Mak aku kata masa bertunang nanti baru dapat gambar dia.”

            “Oh.. Habis tu kau nak letak Faiq kat mana? Bukan kau orang suka sama suka ke?”
            “Err.. Faiq? Sorry, babe. Aku tak suka dia langsung! Dia yang sibuk menyendeng dekat aku.” balas Qaira dengan nada menyampah.

            “Okay-okay. Tutup kes.”

            “ Nanti datang masa aku bertunang.” ujar Qaira.

            “Mesti punya!” balas Sufia.

            “Thanks!!”

******************

            Tepukan lembut di bahu Qaira membuatkan Qaira tersedar daripada memori bayangannya dengan Sufia yang terjadi pada minggu lepas. Muka Puan Aisya dan Sufia terpapar pada cermin meja solek itu.

            “Kenapa termenung lagi ni? Cepat siap.” ujar Puan Aisya.

            Qaira tersenyum. Sufia menolong Qaira memakai selendang putih. Selepas itu, Qaira dikenakan solekan tipis di mukanya.

            “Haa, dah siap!”

            Qaira melihat dirinya di cermin. Terasa penampilan dirinya nampak lain sahaja kerana Qaira tidak berapa suka memakai alat solekan. Dia lebih selesa memakai bedak Baby Johnson sahaja. Hahaha. Pelik bin kelakar, kan?

            Majlis petunangan bermula. Pihak lelaki datang dengan penuh adat. Bermula sesi-sesi menjual pantun. Agak meriah kawasan rumah keluarga Qaira. Qaira agak berdebar apabila Datin Lisnatasia menyarungkan cincin pada jari manisnya sebagai tanda pertunangan.

            “Mulai hari ini, Ira panggil auntie, mama ya?” Datin Lisnatasia bersuara selepas majlis itu.

            “Baiklah, mama.” Balas Qaira walaupun dia agak tidak selesa lagi.

            Apabila pihak lelaki sudah beransur pulang, Puan Aisya berjumpa dengan Qaira di bilik tidur. Puteri sulungnya nampak ayu dalam persalinan berwarna putih. Tampak berseri-seri. Qaira tersenyum melihat Puan Aisya.

            “Ibu harap Ira jadi isteri yang solehah. Pandai ambil hati suami, belajar...”

            “Ibu, Ira baru bertunanglah. Belum kahwin lagi, eh.” Cepat Qaira memintas kata-kata Puan Aisya.

            Puan Aisya mencubit pipi Qaira. “Nakalnya!”

 Qaira ketawa manja. ‘Ibu sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaan, Ira.’ Bisik hati Puan Aisya.

No comments:

Post a Comment